Pages

23 September 2013

Sambal Putik Pauh

Sambal Putik Pauh/ Sambal mangga muda

Bahan:

Ikan kering /ikan rebus+garam
Cili api/ cili burung/ lada kecik/ lada kampung
Mangga muda/ putik pauh/ buah cupu
Kalau nak, boleh letak perasa sikit

Kuantiti bergantung kepada bahan, sebab ada ikan kering yang terlalu masin, jadi kena kurang kan sikit. Mangga muda tu ada yang terlalu masam, ada yang kurang masam. Kalau siapa-siapa nak masam lebih, boleh lebihkan mangga, kalau nak ikan kering lebih boleh banyakkan ikan kering, kalau yang suka pedas boleh lebihkan cili.

Cara-cara:
Tumbuk dengan menggunakan lesung batu, letak sikit-sikit semua bahan, dan rasa sikit mana yang kurang mana yang lebih. 
Boleh try & rasa mengikut tekak masing-masing.



Dah siap
Ni kalau makan dengan nasi panas-panas, wah..belum sempat letak dalam piring, dah habis dari dalam lesung lagi. Ambil secubit je sambal, boleh makan dengan 3 kepal nasi.

Selain mangga muda/ putik pauh , boleh juga letak buah cupu. Rupa sama dengan pisang kaki, tapi ni bukan pisang kaki, saiz dia lebih kecil dan rasa masam-masam lemak.


Qaisara pegan buah cupu hijau yang bergetah.

Tomyam udang & sambal putik pauh. Lansung x menarik gambar ni, tapi nak letak juga
Makan dengan anak-anak, sampai kaki nak masuk dalam lauk. Kaki adik tu, boleh cam ada parut kat atas kaki dia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...